Langkau ke kandungan utama

Hilux Tiba-Tiba Hilang Kuasa Dalam Perjalanan Sibu Ke Kuching

Ini pengalaman yang agak cemas semasa memandu balik dari Sibu ke Kuching. Perjalanan dari Sibu ke Kuching mungkin mengambil masa selama 5-6 jam. 

Mula driving dari Sibu dalam jam 1 petang dan mengisi minyak diesel di stesyen d jalan Lanang sebelum Jambatan Lanang.Perjalanan sangat smooth dan kelajuan senang-senang cecah 130km satu jam kalau saya mahu tetapi saya memandu dalam 100-120 km sejam. Tetapi kebanyakkan masa saya hanya drive selaju 100km/sejam.

Lepas saja Betong, saya rasa di kawasan sebelum kem tentera, Kem Pakit, saya tiba-tiba rasa kenderaan saya jadi malas. 

The Symptoms

Kenderaan tiba-tiba hilang kuasa dengan agak mendadak. Saya cuba memotong kenderaan yang terlalu perlahan pun sangat susah nak lepas. Tekan-tekan pedal minyak… tidak juga dapat pick up power. Lalu terasa risau sebab kalau betul-betul hilang power 100%, maknanya saya terpaksa call Toll Truck.

Kenderaan masih boleh sampai 100 km/jam di atas jalan yang mendatar, tetapi untuk jalan yang menaik atau untuk memotong kenderaan yang lain, terasa power akan hilang.

Tekan-tekan pedal minyak dengan kuat, memang tidak dapat sumber tenaga - namun bergita, tiada asap hitam, no overheating, no engine shaking… kenderaan tetap berjalan dengan lancar cuma kekurangan tenaga.

Hati tetap risau takut tidur di tengah malam. Sudahlah jam pun sekitar jam lima petang.


Emotional Side of Long-Distance Driving

Terdapat beberapa tempat yang saya risau sama ada kenderaan akan berjaya melimpasi bukit atau sebaliknya. Contohnya Bukit Begunan selepas Sri Aman dan Bukit Semuja. Nasib baik semua bukit-bukit itu berjaya dilampaui.

Harap-harap jumpa workshop di tepi jalan. Terjumpa satu workshop selepas Pekan Lachau tetapi malannya dia tutup sebab hari minggu. Sempat jua berpusing pekan Lachau cari workshop tetapi malangnya pekan itu macam tidak ada workshop.

Hati gusar juga sebab takut takut nanti kuasa hilang 100% di tengan jalan. Thank God, everything was fine and finally arrived in Kuching around 8.00PM.


Dulu-dulu pernah juga hilux saya hilang kuasa

Beberapa tahun dulu, pernah sekali ilux saya hilang kuasa macam ini tetapi saya kurang risau sebab pada masa ini kebanyakkan perjalansaya di kawasan yang "selamat", di kawasan dimana saya boleh panggil kawan-kawan untuk pertolongan sekiranya kenderaan tersangkut. Tetapi kali ini, siapa lah kawan yang ada di kawasan jauh seperti di kawasan sri aman. 

Pada masa itu, saya masih memandu selama lebih setahun dengan kuasa yang kurang. Pernah dekat-dekan gagal naiki bukit di kawasan kebun. Blow dengan kuat-kuat pun tidak dapat naik dengan sempurna, tetapi macam malas saja. Yang ini terhidup bau diesel tetapi saya juga tidak check—fikit itu keadaan normal. Kalau drive di atas jalan yang menaik, terasa hilang kuasa, tidak juga bawa ke garaj sebab masih dapat digunakan.

Pada satu hari saya pergi ke gerage untuk menukar minyak engine, kali ini saya cerita dengan toka garage kenapa kenderaan saya hilang kuasa, baru dia tengok di kawasan engine. Dia terjumpa tempat kebocoran minyak, dari tiub pendek sebesar toothpick. Dia ganti dengan tiub yang baru, kenderaan lalu boleh mendapat kuasa yang sediakala. Saya pun tidak check awal-awal.

Kehilangan kuasa kali ini berbeza sebab saya sudah check di atas atau di sekeliling enjin dan tidak jumpa apa-apa yang bocor. Kalau ada kebocoran, tentu ada kesan minyak di atas atau sekeliling atau bau minyak diesel, kecuali kebocoran tiub angin - kalau ada kebocoran tiub angin - tentu tidak nampak kesan yang ketara. 


5. Kemungkinan apa penyebab kehilangan kuasa kali ini

Saya pun tidak tahu setakat ini. Nanti hantar ke garaj untuk check. Cuma saya boleh sangka mungkin fuel filter, kekotoran inyak diesel, hose turbo, pengedaran angin tersekat. Tidak mungkin mileage kenderaan tinggi sebab enjin masih smooth seperti kenderaan baru.



6. Apa yang saya pelajari dari kes ini

Pemanduan jarak jauh boleh mendedahkan masalah kenderaan yang kita tidak tahu selama ini. Kenderaan lama seperti ini berumur 14 tahun. Perlu check dulu sebelum mula perjalanan yang jauh. Apa-apa simptom kerosakan kenderaan mesti dilihat dengan serius, takut-takut kita tersangkut di tengah perjalanan yang jauh. Dan pastikan kita sentiasa mengukur suhu enjin kenderaan - engine temperature.

Nasib baik, kali ini kenderaan masih mampu bergerak dengan lancar sepanjang lebih kurang 300 kilometer sampai ke rumah.



7. Ke workshop

Sekejap lagi saya akan hantar ke Workshop untuk diagnoise masaalah kehilangan kenderaan ini. Dan akan updatan keputusan untuk sempua pembaca dan rujukkan saya sendiri.

Sila kembali ke laman ini semula sehari dua untuk maklumat lanjut berkaitan kehilangan kuasa kenderaan , hilux 2.4L

----------What I found out--------------------

The Turbo boost Control not working properly due to the DISSCONNECTED tube and the control unit.
Tube kepada control unit terlepas sahaja. Masuk balik dan ketatkan menggunakan kabel tie buat sementara waktu sambil menunggu unit baru yang diorder.

turbo vacuum filter,

This Turbo Vacuum Filter or vacuum valve filter costs less than RM100.00

Ulasan

Feature Post

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Apabila AI Melukis Budaya Dayak: Cantik Tetapi Tidak Semestinya Tepat

  Intro Apa yang saya tahu berkaitan dengan Gawai Dayak ,ialah ia bukan pesta yang kita nampak seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi lebih kepada perayaan “Thanksgiving”. Walau Bagai manapun, perayaan ini disambut mengikut peredaran zaman dan status ekonomi. Bukan saja berkaitan dengan hari gawai tetapi perubahan itu berlaku juga kepada pesta atau perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya, dan juga berubah secara global.   Posting-posting dalam sosial media dan banner-banner di mana -mana.   Selepas beberapa hari melihat banyak posting-posting dalam media sosial, saya tengok macam ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan mesej Hari Gawai Dayak. Saya sedar kebanyakannya, praktikalitinya semua,  dicipta menggunakan A.I. Macam tidak ada satu pun yang tepat melambangkan budaya suku kaum tertentu. Kemungkinan prompt yang digunakan kurang tepat. Ini mungkin orang yang memberi arahah atau prompt kepada AI itu kurang focus dan t...

Gawai Dayak dan ertinya sudah berubah

 Intro Sambutan Hari Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei tahun ini. Tiap-tiap tahun, sambutan Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei dan macam tidak berakhir sampai penghujung bulan Julai nanti. Dari pandangan saya yang saya lihat dan terlibat sekali di beberapa lokasi dan kawasan, Sambutan Gawai Dayak tahun ini boleh dikatakan sangat meriah. Akhir-akhir ini, sesiapa yang menyambut Gawai Dayak pun ramai yang memakai pakaian tradisional, terutama bagi masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu… tetapi itu tidak berakhir di situ saja. Kaum Melayu, Cina mahupun pelancong luar negara pun memakai pakaian tradisional sekali untuk menyambut bersama masyarakat Dayak di Sarawak. Gadis-gadis di babang Peralihan makna dan perayaan Gawai Dayak. Perayaan gawai dayak atau gawai tahun yang telah beralih cara dari tahun ke tahun semenjak ia dimulakan. Secara amnya, konsep Dayak unified atau gabungan Dayak telah diutarakan oleh seorang pengacara radio Kingsley dan Owen Liang pada tahun 1957. Kali pert...